Friday, January 14, 2011

ISU ANCAMAN NASIONAL DAN POLITIK DI SABAH

“…rajinnya mereka”, hati saya berkata sendirian. Hari ini keluarga saya membuat aktiviti yang tertangguh sejak minggu lepas iaitu mengeringkan kolam ikan ibubapa saya di belakang rumah.

Kami meminjam pam air dari seorang saudara dekat dan jiran berbangsa Tator yang bekerja di Kilang Perabot belakang rumah kami. Keramahan dan kerajinan mereka membantu kami amat dipuji malah sepanjang aktiviti tersebut, mereka menunjukkan sikap yang amat dipuji.

Mereka ini datang dari Indonesia dengan menggunakan Passport dan sepanjang saya mengenali mereka sejak belasan tahun yang lepas, mereka tidak pernah melakukan apa-apa aktiviti yang dikecam oleh anak watan Sabah. Inilah sebaik-baik manusia yang layak mencari rezeki di bumi Sabah kerana tahu menghormati undang-undang negara dan tatasusila hidup Sabahan.

Berita utama yang dimuatkan di muka depan akhbar-akhbar utama Sabah menyiarkan sikap “Pijak Kepala” PTI berbangsa Pilipin yang bertindak semacam Sabah ini negara Filipina. Tentu sahabat-sahabat lain ada membaca mengenai beberapa staf DBKK yang dibelasah hanya kerana mereka menjalankan tugas merampas jualan rokok haram di Sinsuran.

Baru sahaja saya menulis artikel mengenai PTI Pilipin di kawasan ini, sudah muncul pulak insiden yang memberikan aib kepada Sabahan. Ya, tentulah mereka berani kerana mereka sudah merancang awal-awal lagi untuk memukul mana-mana pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas mereka dan tentunya mereka juga berani kerana bertindak beramai-ramai.

Tentu ramai anak watan yang ternampak insiden tersebut tetapi tidak mampu membantu disebabkan tidak bersedia atau tidak mempunyai kawan. Tetapi saya berfikir jikalah ada suatu kumpulan anak muda Sabahan yang kebetulan berada di sana yang ternampak insiden tersebut, apakah PTI Pilipin ini boleh bertindak sebegini berani.

Tentunya si penakut PTI Pilipin ni tidak berani malah lari macam ayam mahu disembelih jika nampak “pembantu” penguatkuasa DBKK tersebut dalam jumlah yang sama ramainya. Inilah sikap mereka sejak dulu lagi, berani kerana ramai tapi bacul dan penakut bila tiada kawan.

Sampai bila staf DBKK dibiarkan menjalankan tugas berbekalkan kayu cota sahaja walhal mereka berdepan dengan risiko mereka mungkin kena pertaruhkan nyawa mereka hanya untuk keselesaan hidup Sabahan.

Saya yakin jika anak muda Sabahan semua bangun memberontak, tentunya bersih habis semua tempat gelap di kawasan Kota Kinabalu ini tapi itu bukan tatacara hidup kita kan. Tetapi sampai bila kita boleh bersabar dan sampai bila kita kena hidup dalam ketakutan.

Minggu lepas beberapa orang Ketua Anak Negeri (KAN) dan Pengerusi JKKK kampong menyeru pihak kerajaan agar melibatkan mereka dalam sebarang operasi menangkap PTI memandangkan mereka ini pemimpin tempatan yang lebih mengetahui situasi setempat. Tetapi cadangan tersebut masih tidak mendapat jawapan.

Dalam beberapa hari ini, kita melihat isu 16 September 1963 diungkit oleh Pakatan Rakyat dan beberapa ahli politik Sabahan yang mahukan keadilan untuk Sabah dan Sarawak.

Menurut sejarah Malaysia, kan Sabah dan Sarawak hanya setuju menyertai pakatan Malaysia pada tarikh tersebut. Maka, kenapa kita tidak dibenarkan meraikan hari bersejarah tersebut? Apakah rasionalnya penolakan tersebut walhal hari kemerdekaan 31 Ogos bukanlah tarikh Sabahan dan Sarawakian mendapat kemerdekaan yang jati?

Sejak setahun dua ini, nampak jelas pihak kerajaan pusat cuba menafikan kehendak dan hak rakyat Sabah. Sudahlah Sabahan sentiasa dianaktiri dalam semua aspek, ini pulak cubaan untuk menafikan hak kami yang sebenar.

Dari sumber dalaman yang saya perolehi, isu lompat parti ini memang hanya menunggu masa sahaja untuk terjadi. Bukan pemimpin dari parti komponen BN yang lain yang akan melompat tetapi dari kalangan pemimpin UMNO itu sendiri yang mahu melompat. Siapa mereka itu, tak payahlah saya bagitau sebab tak guna pun bagitau.

Bagi diri saya sendiri, saya rela memberikan peluang kepada pemerintahan baru iaitu dari Pakatan Rakyat (PA) memandangkan dasar polisi pemerintahan kerajaan BN sekarang banyak membawa kemudaratan kepada Sabahan. Memang kita tidak tahu apakah PA membawa satu kelainan dan pembaharuan yang berfaedah kepada rakyat tetapi saya rela memberikan mereka peluang.

Kalaulah semua kehendak rakyat dapat dipenuhi, apa salahnya kan kita menaruh harapan kepada PA. Saya bukan orang politik mahupun memihak kepada mana-mana parti politik walhal keluarga saya sendiri datang dari parti UMNO, yang saya mahu adalah pembangunan yang sejajar dengan apa yang kita usahakan selama ini dan layanan sama rata antara ketuanan melayu dengan anak negeri/Bumiputra Sabah.

Saya adalah individu kecil yang memperjuangkan isu membanteras PTI dan tentunya saya mahukan pihak kerajaan yang tegar dan tegas dalam isu yang disebut. Melihat kepada janji dan manifesto PA, saya yakin tentunya banyak perubahan yang kita dapat lihat dalam isu PTI ini sekiranya PA benar-benar berjaya membentuk kerajaan Malaysia yang baru.

Saya melihat perjuangan saya ini semakin mendapat tempat di hati anak watan Sabah dari pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai etnik asli Sabah, harapan saya agar perjuangan ini akan berterusan sampai bila-bila.

Saya juga baru menyedari adanya persatuan seperti Gabungan Anak Anak Peribumi Pedalaman (Peribumi) yang memperjuangkan isu yang sama, saya yakin masih ada persatuan atau gerakan muda-mudi di luar sana yang sama-sama memperjuangkan intipati perjuangan yang sama. Saya menyeru agar semua Sabahan memberikan sokongan kental kepada persatuan dan gerakan sebegini kerana semua ini diperjuangkan hanya untuk menjamin masa depan anak cucu anda sendiri.

Copy By Pemudasabah

No comments:

Post a Comment