Friday, January 14, 2011

Badan Gabuangan NGO CONCERN di Pihak Mana

Terkedu juga saya apabila terbaca artikel di bawah ini memandangkan cadangan dan nasihat “BERNAS” yang diberikan oleh badan gabungan NGO yang tidak dikenali umum ini lebih cenderung kepada satu-satu isu sahaja. Sila baca… [link]

Bertemakan kepada sudut “ISLAM”, tentunya secara tidak langsung akan menimbulkan konflik perkauman dan keagamaan kepada masyarakat majmuk Sabah yang mana majoriti Bumiputra Sabahan adalah bukan Islam.

Yang menjadi satu persoalan ialah mengapa selama 40 tahun permasalahan PTI ini bermaharaja-lela di Sabah dan tatkala pihak kerajaan baru sahaja memulakan langkah pertama untuk mambanteras kehadiran ratusan ribuan orang PTI, pihak CONCERN tidak mengambil sebarang langkah konkrit untuk sama-sama menggembleng tenaga serta idea untuk menangani isu ini? Mengapa baru sekarang?

Ini kan suatu yang misteri apatah lagi melihat kepada keanggotaan badan-badan NGO yang menganggotai CONCERN. Berdasarkan kepada sumber maklumat dalaman saya, pihak NGO ini sebenarnya dianggotai oleh individu-individu yang sebangsa dengan PTI ini. Tentu anda faham jika saya mengatakan sebangsa dengan PTI bukan? Apa tidaknya, lihat sahaja dari cadangan yang diberikan lebih memihak kepada kebajikan PTI semata-mata walhal isu yang sebaliknya adalah suatu permainan minda yang agak terancang.

Point pertama, pihak CONCERN dilihat semacam bermain akal dengan meminta pihak kerajaan menangani isu PTI dgn lebih berhati-hati mengambil-kira 3 faktor iaitu implikasi keselamatan, ekonomi dan kemanusian. Yang saya pelik, pihak CONCERN ini meminta kerajaan mengambil-kira keselamatan siapa…kita Sabahan tulen kah atau pun pihak PTI yang selama 40 tahun memijak kepala kita apatah lagi mempermainkan undang-undang kita.

Persoalan ekonomi yang diutarakan pun agak tidak rasional juga kan memandangkan Malaysia umunya dan Sabah khususnya tidak pernah mengamalkan system ekonomi tertutup yang mana permintaan pekerja-pekerja asing yang mahir sentiasa diwujudkan. Maka, implikasi ekonomi yang bagaimana cuba diketengahkan oleh pihak CONCERN. Kemanusiaan, emmm inilah istilah sentimen yang sering-kali dipermainkan tatkala isu PTI dibangkitkan.

Sampai bila kita mahu diperbodohkan oleh individu-individu yang wujud dari generasi si PTI ini dan menikmati segala keistimewaan yang sepatutnya diperolehi oleh Sabahan tulen. Apakah isu kemanusiaan ini menjadi taruhan kepada jatuh bangun sebuah negara sehingga boleh mempengaruhi status kependudukan sesebuah negeri? Disebabkan isu kemanusian lah, saudara-mara kita di pendalaman Sabah dipinggirkan jauh ke belakang memandangkan kita kena menjaga PTI ini dari sudut kemanusiaan.

Point kedua, yang lebih memeranjatkan kita adalah permintaan pihak CONCERN yang meminta agar sebarang operasi pengusiran PTI tidak sekelompok iaitu bertumpu kepada PTI Indonesia atau Selatan Filipina. Di sini lah, kenampakan sangat wadah perjuangan mereka ni bukannya kepada isu Islam semata-mata tetapi lebih kepada pembelaan saudara-mara mereka yang sebangsa dengan mereka tetapi dipisahkan dari segi status kewarganegaraan.

Kita semua tahu bahawa majoriti PTI di Sabah adalah dari Indonesia dan Filipina majoriti bahagian selatan, kedua-dua bangsa inilah yang begitu banyak memberikan permasalahan kepada kita selama lebih 30 tahun ini. Soalnya, mengapa pembelaan mereka lebih tertumpu kepada 2 bangsa ini sahaja?

Selama ini saya melihat pihak kerajaan telah mengamalkan sikap keterbukaan dalam isu PTI ini malah telah beberapa kali memberikan tempoh pengampunan kepada PTI untuk menyerah diri atau pulang secara sukarela ke negara masing-masing namun jumlah PTI yang hadir di Sabah tidak pulak makin berkurangan.

Maka, apakah rasionalnya tindakan CONCERN ini? Point ketiga, apakah tujuan pihak CONCERN yang memberi peringatan kepada pihak kerajaan agar tidak tunduk kepada tekanan parti politik tertentu atau menitik-berat persoalan fakta sejarah? Bukankah parti SAPP dan UPKO serta beberapa pemimpin bukan islam Sabah yang mempunyai darah etnik KDM yang begitu lantang dalam isu PTI ini sehingga membawa kepada usaha bersepadu pengusiran PTI yang sedang rancak dibuat?

Yang boleh saya andaikan di sini adalah, pihak CONCERN cuba bermain sentimen perkauman dan keagamaan dalam isu ini. Isu fakta sejarah yang diungkitkan tentulah mengenai sejarah penghijrahan bangsa Indonesia pada abad ke-16 Malaysia dan Sabah serta pemilikan Borneo lama oleh kesultanan Sulu.

Rasa-rasanya, rakyat sabahan tidaklah sebodoh yang difikirkan apatah pemimpin-pemimpin kita sekarang ini jelas dengan fakta sejarah yang disebutkan. Tetapi apakah pihak CONCERN pulak sedar bahawa isu PTI ini ialah “a whole new and different concept of issue”?

Kita sedar ada kalangan kita wujud Bangsa Bugis Local contohnya dan begitu juga dengan Suluk Local yang hidup rukan damai dalam masyarakat majmuk Sabah. Mengapa adanya perkaitan antara saudara kita ini dengan isu PTI walaupun mereka sebangsa?

Isu terjejas sektor perladangan Malaysia akibat kekurangan tenaga pekerja yang diperkatakan pun kurang jelas memandangkan ianya dilihat bukan sebagai suatu permasalahan yang besar. Tetapi pihak CONCERN memperkatakan isu ini seolah-olah iyanya isu yang besar, mengapa?

Jikalah usaha kerajaan dalam pengusiran PTI yang agak tidak berjaya beberapa tahun lepas dilihat sebagai factor kejatuhan sector perladangan, maka pihak CONCERN juga kena buka mata anda untuk melihat tawaran di sebalik isu pengusiran tersebut. Bukan kah pihak kerajaan menawarkan penerimaan pekerja-pekerja asing yang berdokumen sebaik sahaja PTI diusir kembali?

Kejatuhan sector perladangan yang didakwa oleh CONCERN pun tidak rasional dan tidak kena pada budi bicaranya.

Cadangan pihak CONCERN agar pihak kerajaan medapatkan pandangan pihak terlibat yang kemungkinan besar akan terjejas sekiranya operasi pengusiran PTI ini sudah dilaksanakan pun agak basi bagi saya.

Pemberian status Penduduk Tetap kepada mana-mana PTI yang berkelakuan baik tanpa sebarang rekod jenayah sememangnya boleh dipertimbangkan tetapi sekiranya cadangan tersebut juga dipersetujui oleh salah satu ahli dalam gabungan CONCERN iaitu Persatuan Peguam Muslim Sabah, bukankah ini semacam suatu sandiwara yang tidak lucu.

Pihak persatuan peguam kan jelas format dan kaedah undang-undang dalam isu pemberian status PR kepada satu-satu individu, soalnya mengapa mereka bersetuju dalam cadangan CONCERN tersebut? Apakah mereka juga bersetuju bahawa undang-undang sivil Malaysia boleh dilonggarkan hanya untuk PTI atau dibuat semacam pengecualian atau hak keistimewaan kepada PTI yan jatuh dalam kategori contoh di atas?

Banyak lagi isu-isu yang boleh dibahaskan dan ada pro-kontranya. Sebagai rumusannya jika ditinjau dari keahlian badan NGO yang dianggotai oleh CONCERN, semacam ada satu dalang tertentu yang cuba bermain sentimen perkauman dan keagamaan dalam isu pengusiran besar-besaran PTI di Sabah.

Saya mendapat tahu bahawa kebanyakan ahli-ahli dalam setiap badan NGO yang terbabit mengandungi individu-individu yang sebangsa dengan PTI. Tetapi saya kurang pasti jika mereka juga adalah local atau pewaris generasi PTI yang diperolehi dari Projek I/C atau jalan belakang.

Namun jika ada pihak yang bertanggungjawab melakukan siasatan atau soal-selidik secara teliti ke atas status bangsa kepada setiap ahli badan-badan NGO yang menganggotai CONCERN, saya yakin pastinya ada juga kebenaran dalam isu yang ditimbulkan.

Namun, saya sebagai rakyat tulen Sabah yang sudah menduduki bumi Sabah dari zaman nenek moyang saya lagi pastinya bersetuju secara dasarnya sebarang cadangan CONCERN yang mengutamakan kepentingan bersama.

Jangan pulak “ada udang di sebalik mee goreng” kerana sebarang permintaan atau cadangan yang menyanggah kehendak rakyat “tulen” Sabah pastinya akan menambah amarah rakyat apatah lagi jika cadangan tersebut menambah beban pembayar cukai dari kalangan rakyat tempatan juga.
 
copy Dari PemudaSabah

No comments:

Post a Comment