Friday, January 14, 2011

Badan Gabuangan NGO CONCERN di Pihak Mana

Terkedu juga saya apabila terbaca artikel di bawah ini memandangkan cadangan dan nasihat “BERNAS” yang diberikan oleh badan gabungan NGO yang tidak dikenali umum ini lebih cenderung kepada satu-satu isu sahaja. Sila baca… [link]

Bertemakan kepada sudut “ISLAM”, tentunya secara tidak langsung akan menimbulkan konflik perkauman dan keagamaan kepada masyarakat majmuk Sabah yang mana majoriti Bumiputra Sabahan adalah bukan Islam.

Yang menjadi satu persoalan ialah mengapa selama 40 tahun permasalahan PTI ini bermaharaja-lela di Sabah dan tatkala pihak kerajaan baru sahaja memulakan langkah pertama untuk mambanteras kehadiran ratusan ribuan orang PTI, pihak CONCERN tidak mengambil sebarang langkah konkrit untuk sama-sama menggembleng tenaga serta idea untuk menangani isu ini? Mengapa baru sekarang?

Ini kan suatu yang misteri apatah lagi melihat kepada keanggotaan badan-badan NGO yang menganggotai CONCERN. Berdasarkan kepada sumber maklumat dalaman saya, pihak NGO ini sebenarnya dianggotai oleh individu-individu yang sebangsa dengan PTI ini. Tentu anda faham jika saya mengatakan sebangsa dengan PTI bukan? Apa tidaknya, lihat sahaja dari cadangan yang diberikan lebih memihak kepada kebajikan PTI semata-mata walhal isu yang sebaliknya adalah suatu permainan minda yang agak terancang.

Point pertama, pihak CONCERN dilihat semacam bermain akal dengan meminta pihak kerajaan menangani isu PTI dgn lebih berhati-hati mengambil-kira 3 faktor iaitu implikasi keselamatan, ekonomi dan kemanusian. Yang saya pelik, pihak CONCERN ini meminta kerajaan mengambil-kira keselamatan siapa…kita Sabahan tulen kah atau pun pihak PTI yang selama 40 tahun memijak kepala kita apatah lagi mempermainkan undang-undang kita.

Persoalan ekonomi yang diutarakan pun agak tidak rasional juga kan memandangkan Malaysia umunya dan Sabah khususnya tidak pernah mengamalkan system ekonomi tertutup yang mana permintaan pekerja-pekerja asing yang mahir sentiasa diwujudkan. Maka, implikasi ekonomi yang bagaimana cuba diketengahkan oleh pihak CONCERN. Kemanusiaan, emmm inilah istilah sentimen yang sering-kali dipermainkan tatkala isu PTI dibangkitkan.

Sampai bila kita mahu diperbodohkan oleh individu-individu yang wujud dari generasi si PTI ini dan menikmati segala keistimewaan yang sepatutnya diperolehi oleh Sabahan tulen. Apakah isu kemanusiaan ini menjadi taruhan kepada jatuh bangun sebuah negara sehingga boleh mempengaruhi status kependudukan sesebuah negeri? Disebabkan isu kemanusian lah, saudara-mara kita di pendalaman Sabah dipinggirkan jauh ke belakang memandangkan kita kena menjaga PTI ini dari sudut kemanusiaan.

Point kedua, yang lebih memeranjatkan kita adalah permintaan pihak CONCERN yang meminta agar sebarang operasi pengusiran PTI tidak sekelompok iaitu bertumpu kepada PTI Indonesia atau Selatan Filipina. Di sini lah, kenampakan sangat wadah perjuangan mereka ni bukannya kepada isu Islam semata-mata tetapi lebih kepada pembelaan saudara-mara mereka yang sebangsa dengan mereka tetapi dipisahkan dari segi status kewarganegaraan.

Kita semua tahu bahawa majoriti PTI di Sabah adalah dari Indonesia dan Filipina majoriti bahagian selatan, kedua-dua bangsa inilah yang begitu banyak memberikan permasalahan kepada kita selama lebih 30 tahun ini. Soalnya, mengapa pembelaan mereka lebih tertumpu kepada 2 bangsa ini sahaja?

Selama ini saya melihat pihak kerajaan telah mengamalkan sikap keterbukaan dalam isu PTI ini malah telah beberapa kali memberikan tempoh pengampunan kepada PTI untuk menyerah diri atau pulang secara sukarela ke negara masing-masing namun jumlah PTI yang hadir di Sabah tidak pulak makin berkurangan.

Maka, apakah rasionalnya tindakan CONCERN ini? Point ketiga, apakah tujuan pihak CONCERN yang memberi peringatan kepada pihak kerajaan agar tidak tunduk kepada tekanan parti politik tertentu atau menitik-berat persoalan fakta sejarah? Bukankah parti SAPP dan UPKO serta beberapa pemimpin bukan islam Sabah yang mempunyai darah etnik KDM yang begitu lantang dalam isu PTI ini sehingga membawa kepada usaha bersepadu pengusiran PTI yang sedang rancak dibuat?

Yang boleh saya andaikan di sini adalah, pihak CONCERN cuba bermain sentimen perkauman dan keagamaan dalam isu ini. Isu fakta sejarah yang diungkitkan tentulah mengenai sejarah penghijrahan bangsa Indonesia pada abad ke-16 Malaysia dan Sabah serta pemilikan Borneo lama oleh kesultanan Sulu.

Rasa-rasanya, rakyat sabahan tidaklah sebodoh yang difikirkan apatah pemimpin-pemimpin kita sekarang ini jelas dengan fakta sejarah yang disebutkan. Tetapi apakah pihak CONCERN pulak sedar bahawa isu PTI ini ialah “a whole new and different concept of issue”?

Kita sedar ada kalangan kita wujud Bangsa Bugis Local contohnya dan begitu juga dengan Suluk Local yang hidup rukan damai dalam masyarakat majmuk Sabah. Mengapa adanya perkaitan antara saudara kita ini dengan isu PTI walaupun mereka sebangsa?

Isu terjejas sektor perladangan Malaysia akibat kekurangan tenaga pekerja yang diperkatakan pun kurang jelas memandangkan ianya dilihat bukan sebagai suatu permasalahan yang besar. Tetapi pihak CONCERN memperkatakan isu ini seolah-olah iyanya isu yang besar, mengapa?

Jikalah usaha kerajaan dalam pengusiran PTI yang agak tidak berjaya beberapa tahun lepas dilihat sebagai factor kejatuhan sector perladangan, maka pihak CONCERN juga kena buka mata anda untuk melihat tawaran di sebalik isu pengusiran tersebut. Bukan kah pihak kerajaan menawarkan penerimaan pekerja-pekerja asing yang berdokumen sebaik sahaja PTI diusir kembali?

Kejatuhan sector perladangan yang didakwa oleh CONCERN pun tidak rasional dan tidak kena pada budi bicaranya.

Cadangan pihak CONCERN agar pihak kerajaan medapatkan pandangan pihak terlibat yang kemungkinan besar akan terjejas sekiranya operasi pengusiran PTI ini sudah dilaksanakan pun agak basi bagi saya.

Pemberian status Penduduk Tetap kepada mana-mana PTI yang berkelakuan baik tanpa sebarang rekod jenayah sememangnya boleh dipertimbangkan tetapi sekiranya cadangan tersebut juga dipersetujui oleh salah satu ahli dalam gabungan CONCERN iaitu Persatuan Peguam Muslim Sabah, bukankah ini semacam suatu sandiwara yang tidak lucu.

Pihak persatuan peguam kan jelas format dan kaedah undang-undang dalam isu pemberian status PR kepada satu-satu individu, soalnya mengapa mereka bersetuju dalam cadangan CONCERN tersebut? Apakah mereka juga bersetuju bahawa undang-undang sivil Malaysia boleh dilonggarkan hanya untuk PTI atau dibuat semacam pengecualian atau hak keistimewaan kepada PTI yan jatuh dalam kategori contoh di atas?

Banyak lagi isu-isu yang boleh dibahaskan dan ada pro-kontranya. Sebagai rumusannya jika ditinjau dari keahlian badan NGO yang dianggotai oleh CONCERN, semacam ada satu dalang tertentu yang cuba bermain sentimen perkauman dan keagamaan dalam isu pengusiran besar-besaran PTI di Sabah.

Saya mendapat tahu bahawa kebanyakan ahli-ahli dalam setiap badan NGO yang terbabit mengandungi individu-individu yang sebangsa dengan PTI. Tetapi saya kurang pasti jika mereka juga adalah local atau pewaris generasi PTI yang diperolehi dari Projek I/C atau jalan belakang.

Namun jika ada pihak yang bertanggungjawab melakukan siasatan atau soal-selidik secara teliti ke atas status bangsa kepada setiap ahli badan-badan NGO yang menganggotai CONCERN, saya yakin pastinya ada juga kebenaran dalam isu yang ditimbulkan.

Namun, saya sebagai rakyat tulen Sabah yang sudah menduduki bumi Sabah dari zaman nenek moyang saya lagi pastinya bersetuju secara dasarnya sebarang cadangan CONCERN yang mengutamakan kepentingan bersama.

Jangan pulak “ada udang di sebalik mee goreng” kerana sebarang permintaan atau cadangan yang menyanggah kehendak rakyat “tulen” Sabah pastinya akan menambah amarah rakyat apatah lagi jika cadangan tersebut menambah beban pembayar cukai dari kalangan rakyat tempatan juga.
 
copy Dari PemudaSabah

ISU ANCAMAN NASIONAL DAN POLITIK DI SABAH

“…rajinnya mereka”, hati saya berkata sendirian. Hari ini keluarga saya membuat aktiviti yang tertangguh sejak minggu lepas iaitu mengeringkan kolam ikan ibubapa saya di belakang rumah.

Kami meminjam pam air dari seorang saudara dekat dan jiran berbangsa Tator yang bekerja di Kilang Perabot belakang rumah kami. Keramahan dan kerajinan mereka membantu kami amat dipuji malah sepanjang aktiviti tersebut, mereka menunjukkan sikap yang amat dipuji.

Mereka ini datang dari Indonesia dengan menggunakan Passport dan sepanjang saya mengenali mereka sejak belasan tahun yang lepas, mereka tidak pernah melakukan apa-apa aktiviti yang dikecam oleh anak watan Sabah. Inilah sebaik-baik manusia yang layak mencari rezeki di bumi Sabah kerana tahu menghormati undang-undang negara dan tatasusila hidup Sabahan.

Berita utama yang dimuatkan di muka depan akhbar-akhbar utama Sabah menyiarkan sikap “Pijak Kepala” PTI berbangsa Pilipin yang bertindak semacam Sabah ini negara Filipina. Tentu sahabat-sahabat lain ada membaca mengenai beberapa staf DBKK yang dibelasah hanya kerana mereka menjalankan tugas merampas jualan rokok haram di Sinsuran.

Baru sahaja saya menulis artikel mengenai PTI Pilipin di kawasan ini, sudah muncul pulak insiden yang memberikan aib kepada Sabahan. Ya, tentulah mereka berani kerana mereka sudah merancang awal-awal lagi untuk memukul mana-mana pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas mereka dan tentunya mereka juga berani kerana bertindak beramai-ramai.

Tentu ramai anak watan yang ternampak insiden tersebut tetapi tidak mampu membantu disebabkan tidak bersedia atau tidak mempunyai kawan. Tetapi saya berfikir jikalah ada suatu kumpulan anak muda Sabahan yang kebetulan berada di sana yang ternampak insiden tersebut, apakah PTI Pilipin ini boleh bertindak sebegini berani.

Tentunya si penakut PTI Pilipin ni tidak berani malah lari macam ayam mahu disembelih jika nampak “pembantu” penguatkuasa DBKK tersebut dalam jumlah yang sama ramainya. Inilah sikap mereka sejak dulu lagi, berani kerana ramai tapi bacul dan penakut bila tiada kawan.

Sampai bila staf DBKK dibiarkan menjalankan tugas berbekalkan kayu cota sahaja walhal mereka berdepan dengan risiko mereka mungkin kena pertaruhkan nyawa mereka hanya untuk keselesaan hidup Sabahan.

Saya yakin jika anak muda Sabahan semua bangun memberontak, tentunya bersih habis semua tempat gelap di kawasan Kota Kinabalu ini tapi itu bukan tatacara hidup kita kan. Tetapi sampai bila kita boleh bersabar dan sampai bila kita kena hidup dalam ketakutan.

Minggu lepas beberapa orang Ketua Anak Negeri (KAN) dan Pengerusi JKKK kampong menyeru pihak kerajaan agar melibatkan mereka dalam sebarang operasi menangkap PTI memandangkan mereka ini pemimpin tempatan yang lebih mengetahui situasi setempat. Tetapi cadangan tersebut masih tidak mendapat jawapan.

Dalam beberapa hari ini, kita melihat isu 16 September 1963 diungkit oleh Pakatan Rakyat dan beberapa ahli politik Sabahan yang mahukan keadilan untuk Sabah dan Sarawak.

Menurut sejarah Malaysia, kan Sabah dan Sarawak hanya setuju menyertai pakatan Malaysia pada tarikh tersebut. Maka, kenapa kita tidak dibenarkan meraikan hari bersejarah tersebut? Apakah rasionalnya penolakan tersebut walhal hari kemerdekaan 31 Ogos bukanlah tarikh Sabahan dan Sarawakian mendapat kemerdekaan yang jati?

Sejak setahun dua ini, nampak jelas pihak kerajaan pusat cuba menafikan kehendak dan hak rakyat Sabah. Sudahlah Sabahan sentiasa dianaktiri dalam semua aspek, ini pulak cubaan untuk menafikan hak kami yang sebenar.

Dari sumber dalaman yang saya perolehi, isu lompat parti ini memang hanya menunggu masa sahaja untuk terjadi. Bukan pemimpin dari parti komponen BN yang lain yang akan melompat tetapi dari kalangan pemimpin UMNO itu sendiri yang mahu melompat. Siapa mereka itu, tak payahlah saya bagitau sebab tak guna pun bagitau.

Bagi diri saya sendiri, saya rela memberikan peluang kepada pemerintahan baru iaitu dari Pakatan Rakyat (PA) memandangkan dasar polisi pemerintahan kerajaan BN sekarang banyak membawa kemudaratan kepada Sabahan. Memang kita tidak tahu apakah PA membawa satu kelainan dan pembaharuan yang berfaedah kepada rakyat tetapi saya rela memberikan mereka peluang.

Kalaulah semua kehendak rakyat dapat dipenuhi, apa salahnya kan kita menaruh harapan kepada PA. Saya bukan orang politik mahupun memihak kepada mana-mana parti politik walhal keluarga saya sendiri datang dari parti UMNO, yang saya mahu adalah pembangunan yang sejajar dengan apa yang kita usahakan selama ini dan layanan sama rata antara ketuanan melayu dengan anak negeri/Bumiputra Sabah.

Saya adalah individu kecil yang memperjuangkan isu membanteras PTI dan tentunya saya mahukan pihak kerajaan yang tegar dan tegas dalam isu yang disebut. Melihat kepada janji dan manifesto PA, saya yakin tentunya banyak perubahan yang kita dapat lihat dalam isu PTI ini sekiranya PA benar-benar berjaya membentuk kerajaan Malaysia yang baru.

Saya melihat perjuangan saya ini semakin mendapat tempat di hati anak watan Sabah dari pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai etnik asli Sabah, harapan saya agar perjuangan ini akan berterusan sampai bila-bila.

Saya juga baru menyedari adanya persatuan seperti Gabungan Anak Anak Peribumi Pedalaman (Peribumi) yang memperjuangkan isu yang sama, saya yakin masih ada persatuan atau gerakan muda-mudi di luar sana yang sama-sama memperjuangkan intipati perjuangan yang sama. Saya menyeru agar semua Sabahan memberikan sokongan kental kepada persatuan dan gerakan sebegini kerana semua ini diperjuangkan hanya untuk menjamin masa depan anak cucu anda sendiri.

Copy By Pemudasabah

PTI Dapat MyKad Free dan apa itu Yayasan Islam Sabah?

Siasatan selama 2 bulan kini hampir selesai dan dapat dirumuskan bahawa sudah wujud bentuk baru Mini-Projek I/C yang dijalankan di bawah batang hidung kita. Mungkin timbul beberapa persoalan yang kita sendiri tidak mungkin dapat menjawabnya secara konkrit dalam isu pemberian dokumen pengenalan diri MyKad kepada pendatang-pendatang asing yang baru bertapak di Sabah tak lebih 10 tahun pun.

Sumber dalaman saya menyatakan bahawa si PTI lebih mudah memperolehi status warganegara Malaysia sekiranya permohonan MyKad dilakukan di Semenanjung Malaysia. Trend sebegini dapat dilihat apabila anda atau mana-mana individu pernah terserempak insiden di mana warganegara PTI yang diragui mempunyai MyKad yang beralamat di Semenanjung Malaysia.

Pernah diajukan kepada beberapa PTI Filipina dan Indonesia akan kebenaran berita ini dan mereka mengiyakannya. Bagaimana ini boleh berlaku? Bukan itu sahaja, permohonan mereka boleh dilulukan dalam masa 2 minggu sahaja. Difahamkan kes sebegini telah memberikan kerakyatan Malaysia secara percuma kepada PTI dalam jumlah yang cukup besar iaitu ribuan orang.

Di mana silapnya dan bagaimana mereka si PTI ini boleh mempermainkan Perundangan Sivil Malaysia hingga mereka memperolehi kerakyatan secara percuma. Saya tidak perlu menjelaskan salah dan silap undang-undang dan peraturan permohonan dokumen pengenalan diri Malaysia memandangkan ianya tidak memerlukan apa-apa perubahan, Cuma kita mahukan pihak saudara kita sebelah Semenanjung Malaysia mempunyai kearifan yang tegar dalam mendefinasikan istilah Melayu Malaysia.
Saya juga mengalu-alukan input serta sumber sahih yang berkaitan dari mana-mana saudara/i pembaca blog saya agar siasatan saya lebih sempurna.

Dalam pada itu, saya juga terbaca artikel dari akhbar yang menyentuh mengenai Yayasan Islam Sabah (YIS) yang membuat kritikan terhadap polisi guna-pakai kerajaan bagi tempoh pengampunan 3 bulan terhadap isu Pendatang Tanpa Izin di Sabah.

Saya melihat usaha YIS ini sebagai suatu cabaran kepada pihak kerajaan dan kepada seluruh rakyat jati Sabah. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, YIS sering membuat kenyataan akhbar yang bertentangan dengan aspirasi rakyat tempatan dan membuat pembelaan yang berlebihan kepada nasib pendatang tanpa izin PTI Sabah.

Apa sudah jadi? Tak ada kerja lain kah YIS terutamanya hero mereka iaitu Raden Kakung…apakah anda faham intipati perjuangan gagasan yayasan anda? Kalaulah saya dibenarkan menilai arah tuju perjuangan Raden Kakung ini hanya berdasarkan nama individu ini, maka tentunya saya dituduh berat sebelah.

Come on lah brother….takkan lah disebabkan anda itu berbangsa Indonesia maka anda mahu jadi hero PTI berbangsa Indonesia. Apa anda ini tak faham kah usaha kerajaan dalam masa 2 bulan ini dan adakah anda juga tidak memahami kehendak rakyat terhadap isu PTI ini?

Apakah kami kena dengar cakap U seorang sahaja dan luahan isi hati kami yang setiap hari terpampang di mana-mana media seperti di Forum Daily Express, Surat Pembaca Borneo Online, Blog saya sendiri, Blog-blog sahabat yang lain, Sabah Forum Net dan yang paling jelas nyata sekali adalah melalui perbualan harian kita anak jati Sabah mesti disisihkan?

Apa U sahaja kah yang pandai dalam isu PTI ini? Yang menghairankan saya dan rakan-rakan lain, mengapa setiap kali timbul isu PTi atau Projek I/C…YIS atau lebih tepat lagi U, Raden Kakung tampil mencabar. Apa U juga ini PTI kah?

Dari definasi YIS sendiri, tentu kita sebagai individu yang normal akalnya akan beranggapan bahawa penubuhan gagasan YIS ini adalah untuk menegakkan sebarang isu yang berkaitan agama Islam tetapi apakah relatifnya dan sangkut-paut isu PTI dalam perjuangan YIS apatah lagi mencabar pihak polis untuk mengadakan siasatan setiap isu yang ada sangkut paut PTI?

Nampak sangat YIS ini lebih memihak kepada nasib PTI dan bukan saudara seislam anda yang merupakan anak jati Sabah. Atau lebih tepat lagi YIS ini adalah pembela PTI. Apakah YIS menanti ada laporan polis yang dibuat terhadap YIS untuk melihat keterlibatan ahli-ahlinya dalam isu PTI atau paling tidak pun, meminta pihak polis membuat siasatan terhadap status kerakyatan semua ahli YIS.....barulah YIS mahu menutup mulut terhadap isu PTI?

Para pembaca sekalian boleh mencari sendiri artikel-artikel yang berkaitan YIS di Google atau Yahoo net untuk melihat sendiri akan penentangan mereka terhadap sebarang usaha pengusiran PTI dan pembelaan mereka terhadap PTI dalam isu Projek I/C. Saya bagi contoh pada [Link1] atau [Link2] atau [Link3] atau http://www.sabahforum.com/forum/viewtopic.php?f=14&t=2177 dan banyak lagi.

Di mana ada isu yang seolah-olah menentang PTi atau isu jenayah anak jati Sabah, di situlah YIS atau lebih tepat sekali Raden Kakung akan cepat-cepat mengeluarkan kenyataan kepada pihak akhbar. Tapi yang hairan, apabila isu berkaitan agama Islam dibincangkan…pihak YIS tidak pulak mengeluarkan sebarang kenyataan akan pendirian mereka.

Saya merasakan YIS mempunyai agenda yang tersembunyi apatah lagi mempunyai kepentingan terhadap isu PTI ini dan saya menyeru agar jika YIS beranggapan bahawa misi perjuangan mereka juga merangkumi Politik semasa dan setempat, daftarlah jadi gagasan politik.

Jangan bersembunyi di sebalik gagasan Yayasan Islam dan jikalah anda ini benar-benar pejuang Islam PTI, maka buka mata anda besar-besar dan fahami bahawa kami anak watan Sabah juga ada yang beragama Islam dan memerlukan bantuan fizikal dan ilmiah dari YIS. Buatlah kerja anda yang diamanahkan oleh ALLAH S.W.T dan bukan menjadi pembela PTI sahaja kerana nampaknya itu yang anda cuba lakukan selama ini.

Untuk berjuang secara tegar dan adil, perlu ada sempadan dan garis panduannya. Janganlah menutup keahlian YIS terhadap ahli-ahli dari bangsa lain dan jika itu bukan tujuan anda, lantiklah ahli jawatankuasa YIS dari kalangan anak jati dan anak watan Sabah yang tulen dari pelbagai bangsa yang wujud di Sabah ini. Buka cawangan di seluruh Sabah dan bukan hanya di Tawau atau Sandakan sahaja.

Jangan lah pulak ada ahli yang agak ketara dari nama beliau, berbangsa Indonesia membuat pembelaan yang berat sebelah dan lebih memihak kepada PTI walhal kita tahu PTI ini majoritinya adalah dari bangsa Filipina dan Indonesia. Jangan memalukan anak jati Indonesia Sabah dengan memberikan pandangan dan seruan berat sebelah apatah lagi ada kalangan PTI adalah saudara-mara ahli-ahli YIS.

Anda meminta pihak polis dan pemimpin kerajaan adil dalam isu PTI, maka saya meminta agar YIS adil dan saksama dalam misi serta visi perjuangan mereka. YIS adalah gagasan Islam anak jati Sabah dan bukannya sang pejuang atau pembela pendatang tanpa izin Sabah
 
Copy Dari PemudaSabah